Kaduk merupakan ulam yang berkhasiat. Ia sering disalah tafsir sebagai daun sirih kerana mempunyai bentuk dan rupa yang sama.
Nama saintifik kaduk ialah Piper sarmentosum. Dalam bahasa Laos dipanggil Phak I Leut, manakala dalam bahasa Thailand disebut Cha Plu.
KHASIATNYA:
- Bau Kaduk dapat melancarkan proses pernafasan.
- Daun kaduk dapat merawat penyakit asma, demam malaria.
- Daun kaduk yang direbus boleh menyembuhkan batuk,selsema, peradangan selaput paru-paru dan sengal pinggang.
- Akar kaduk untuk meredakan sakit gigi.
- Air yang direbus dengan akar kaduk dijadikan sebagai pelawas kencing.
No comments:
Post a Comment