Thursday, 26 April 2012

Kembar daun sirih, Kaduk..

 
Kaduk merupakan ulam yang berkhasiat. Ia sering disalah tafsir sebagai daun sirih kerana mempunyai bentuk dan rupa yang sama.

Nama saintifik kaduk ialah Piper sarmentosum. Dalam bahasa Laos dipanggil Phak I Leut, manakala dalam bahasa Thailand disebut Cha Plu.

KHASIATNYA:
  • Bau Kaduk dapat melancarkan proses pernafasan.
  • Daun kaduk dapat merawat penyakit asma, demam malaria.
  • Daun kaduk yang direbus boleh menyembuhkan batuk,selsema, peradangan selaput paru-paru dan sengal pinggang.
  • Akar kaduk untuk meredakan sakit gigi.
  • Air yang direbus dengan akar kaduk dijadikan sebagai pelawas kencing.