Buah naga berasal dari negara Mexico. Di sana buah naga dianggap sebagai sejenis kaktus hutan yang hidup. Kemudian ia dibawa ke China dan Vietnam untuk dijadikan sebagai perhiasan. Ini kerana bentuknya adalah seperti orkid kaktus.
Rasanya menyerupai buah kiwi. Buah ini hanya dapat dihasilkan selepas pokoknya berumur 2 tahun dan ianya akan berbuah di sekitar bulan Oktober, November, April dan Mei.
Amat baik untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah, mencegah kanser usus, menyembuhkan panas dalaman, mengurangkan keputihan dan menjaga kesihatan rongga mulut.
JUS
NAGA
Bahan-bahan:
v ½ biji buah naga
v 1 ½ sudu besar gula
v ½ cawan air
v Ketulan ais
Cara membuatnya:
© Buah naga dibelah dua dan ambil isinya
© Masukkan isi buah naga bersama gula dan air ke dalam pengisar.
© Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan ais.
bahan-bahan dan cara membuatnya credit from:
No comments:
Post a Comment