Thursday, 26 April 2012

Belimbing adalah ANTIOKSIDA..

 

 Mempunyai sumber vitamin C, zat besi dan zat kapur yang bertindak sebagai antioksida yang dapat mencegah penyebaran sel-sel kanser, melancarkan proses pencernaan menurunkan paras kolesterol serta membersihkan usus. 


Masyarakat Brazil percaya bahawa buah belimbing elok untuk orang yang menderita penyakit ekzema, masalah buah pinggang dan pundi kencing.



Air perahannya dapat mencegah penyakit tekanan darah tinggi.

Caranya:
Buah belimbing yang setengah matang diparut halus, diperas air dan kemudian diminum setiap pagi selama sebulan. 



Monday, 19 March 2012

Khasiat Epal, Apple, التفاح



Sebiji epal mengandungi vitamin A, B, dan C, beserta zat gula dan mineral.


Kegunaan perubatan
  • Menambah sistem pertahanan pada tubuh badan.
  • Air perahan atau jus epal bermanfaat untuk menyembuhkan hati, demam, dan haus.
  • Berkhasiat mengubati kegemukan (obesiti), (arteriosclerosis- penyempitan / pengerasan pembuluh darah),   buasir (ambien), ekzema dan berbagai penyakit kulit.
  • Membantu membersihkan tubuh dari asid dan lemak berlebihan.
  • Mengubati penyakit hati, tekanan darah tinggi (hipertensi), pembesaran kelenjar skrofula, sembelit, da kekurangan darah (anemia), gangguan sistem urin dan sakit urat saraf.
  • Penggunaan epal dalam bentuk apapun bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit ginjal, sendi dan sengal.
  • Menyembuhkan tekanan darah, batu karang di dalam hempedu, lemah perut (dengan syarat dimakan dalam keadaan baik atau dikupas terlebih dahulu)